SI CANTIK DAN SI KACAK

Tuesday, June 24, 2014

PUDING ROTI MARBLE

Haaa.......sekali sekala minami bagi resipi la pulak....resipi kali ni puding roti marble. Bukan senang nak tengok minami baking2 ni.....xrajinn noks...haha..bab masak2 xpe..tp baking ni lemau betul nak buat..tapi bile dah datang kerajinan dia..sepantas kilat je kau buat...penat2 pun boleh siap dalam masa 20 minit...gitteww cap cuss sangatt kann buat puding roti marble. Bila usha2 resipi kat google memang macam semua nak buat lah...*ye keww?? ahakss...tapi bile tgk macam sedap je..macam teringin jew...terus dia datang rajinnn cap cus tu....so then..here is my puding roti marble...tadaaaaa....

Jelas nyata kecomotan pada coraknya...kehkehkeh..sebab buat lelaju nak buke puasa katenyaaa...
xpe..sebab nak makan sendiri jugak..so dont cry k...eh

Ahhaaaa.....bila dah potong dah nampak cecomel sket alunan kaler dia..tapi potongan x cun sangat sebab bab puding2 ni memang xreti nak pepotong cecanttik...asal masuk mulut...Owh...sangat teruja sebab menjadi 1st trial pulak tu buat..gebu gebassss...sebelom ni x rajin nak google kat tenet and memang xda hati nak buat....haha...rajin nak mkan je..tapi kat pasa malam so maniss...sy bukan seorang yg pemanis...but sweet wife okkeh..eh


Ok....presenting ala2 masterchef sket...baru selera suami nak makan...ekekekeke... And my hubby sangat sukeww...tu yg terlebih teruja macam nak buat puding2 lain pulew..bagus jugew..sebab dah nak masuk ramadhan kan..xyah bazir beli kat kedai luar..kuikui...Thanks pada kak Naz'S COSK resipi...memang sdap nyum2...!

so kat bawah ni resipi dia... resipi asal: Naz's COSK @ ovenkecil.blogspot.com

PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
  • 1 paket  agar Tali
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 4 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair F &N (400ml) *
  • 11/2 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin/planta
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan (saya letak 2 sudu serbuk koko utk coklat dan 11/2 sudu sirap utk kaler pink tu)
Cara-cara :
  1. Masak agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. 
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap. Nyum3!!
HAAA! BOLEH LA BUAT UTK PUASA NANTI...MIHMIH

5 comments:

CXopportunities said...

sedapnya!! cx suka sgt puding roti. terliuqnya~

wAN iZZUDIN said...

owhh cedapnyeww iniewww DAPPPPPPPPP

sis ekinnuar said...

sedapnye...meleleh pulak time pose ni hihihi

follow n singgah dari blog nadia syafiq

jom ke blog saya http://nurulasyikinmohdanuar.blogspot.com/

Ema Minami said...

kekekeke.....senang je puding ni sbenarnya...klo dh buat sekali knpem nak buat berkai2 lagi lps tu..heee

Anonymous said...

WOW just what I was looking for. Came here by searching for penny stock movers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...