SI CANTIK DAN SI KACAK

Monday, November 4, 2013

BERAGAM MANUSIA

        Sebenarnya aku suka perhatikan orang...maksud aku perhatikan orang-orang sekeliling aku. Tak kira la siapa dia..saudara mara aku adik beradik aku kawan-kawan, strangers, orang di laman sosial dan kat mane saje aku pergi. Orang zaman sekarang bagi aku unik, kadang-kadang memelikkan, kadang-kadang menakutkan, melucukan, menjelikkan, merbahayakan...see...u get my point? Okeyh... maksudnya disitu...orang kat dunia ni pelbagai ragam..rupa memangla macam-macam kan, bentuk, size, itu memang dah di ketahui dari dulu lagi. Remaja zaman sekarang bagi aku sangat berbeza dengan remaja zaman aku, bukan sahaja remaja, tapi budak-budak, kanak-kanak.. yup.. diorang sangat2 berbeza dari segi pemikiran, perangai, akhlak, pengetahuan. Ok, mungkin dunia makin canggih aku rase, internet bersepah dah xyah pergi cyber cafe bagai nak online, celik mata petik2 touch2 screen depan mata sahaja. Ye la, sekarang kalau budak umur setahun dua tu main godek2 tab, ipad, handset dah x hairan dah, dah memang macam kewajipan aku tengok mak ayah belikan diorang untuk tengok cerita, ajar diorang baca, main game, dengar lagu, dengar nasyid. Aku tak nafikan itu semua ada kebaikan, ada keburukan. Aku xnak ulas panjang sebab aku xda anak lagi. Cuma bagi aku,  penggunaan gadjet tu semua perlu di control oleh ibu bapa. Ada yang menangis kalo tak dapat tab or ipad time makan,sebab nak tengok cerita kartun kegemaran mereka masa makan. Ada yang xnak menyusu kalau tak dapat touch2 main enset. Owh... bahaya...serius bahaya kadang2 aku rase. Seolah-olah diorang dah terlalu addicted dengan gadjet untuk melakukan sesuatu yang lain.  Aku risau melihat persekitaran yang xsihat sekarang. Sebab aku pon bakal jadi mak suatu hari nanti.Aku risau nak mendidik dan membesarkan anak2 aku di masa hadapan. Cabarannya sangat kuat dan mendebarkan aku. Budak-budak sekolah sekarang dia punya advance pasal internet kadang-kadang mengalahkan kita yang dah dewasa. Serius aku cakap, sebab aku tengok my nephew standard 4, serba tahu pasal android, pasal handset, dia lagi hebat explore pasal dunia internet, pasal dunia software android. Itu anak saudara aku, yang kadang-kadang aku rase..wow..giler hebat kau umur 10 tahun serba serbi tahu pasal internet dan enset yang tak pernah aku, akak aku malah suami aku yang gila kan dunia komputer internet bagai xpernah tahu pasal itu semua. Owh...zaman aku dulu masa kanak2 takda nak kenal tu semua..sebab xda lagi semua bagai tu. Zaman kanak-kanak aku penuh dengan mainan di luar rumah, guli, congkak, batu seremban, tang buaya, tang duduk, main gelap cerah, main semunyik2, main cari harta karun, mandi sungai, mandi kolam, lompat galah, main getah, jung-jung inai, main nenek kebayan...serius aku suka! aku rindu dengan permainan tu semua.. Sekarang??? sorry to say, if you guys tell them.."Hey...jum main gelap ceroh, jum main jung-jung inai.....diorang akan pandang korang dengan muka blurr dan selamber jek diorang akan cakap..mainan ape tu maksu"...omg..luluh hati aku! Hahaha...but itu lah kenyataan yang kau perlu hadapi. Batu seremban lagi lah aku rase budak2 sekrang x pandai main, lompat ketingting itu normal..so aku bet diorang boleh main tapi tak tahulah kalau diorang xreti main. Main peluk2 tiang itu kemestian yang perlu selepas balik sekolah menuju ke asrama ataupun ke pagar sekolah mase zaman sekolah rendah mahupun menengah. Sekarang kau rase itu semua ada lagi tak? Aku x pasti.. 

Ok... nanti aku sambung lagi penulisan ini....aku rase aku suka menulis pasal pemerhatian aku sekarang..banyak lagi aku nak kongsi pasal ragam manusia ni..keep on reading guys..wassalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...