SI CANTIK DAN SI KACAK

Tuesday, June 21, 2011

A Story....



Hye guys..how's ur day going? hope baik la kan...ke ada yang terberanak tatkala tengah ghairah membalas komen di fesbuk? or takpon tercirit tatkala eksaited bertwit2 ngn artis kesayangan di twitter?? ok..hrp2 xdew la kan camtu..huhu...juz wanna share something funny but full of msg yg disampaikan with u guys....tapi ini bukan penulisan saya..ini my supervaizer punyer writing...(Dr...nakmo mawah2 sy copy and share kat sini yerk...haha)....u guys should read till finish baru dapat mesej yg disamapaikan..ok guys..enjoizz...



A VIEW FROM ABROAD
by : mHu....

Kehidupan di perantauan mengajar penulis untuk menjadi lebih matang untuk berfikir dan belajar untuk membezakan baik buruk suatu perkara. Seperti menjawab soalan subjek “Penyakit Manusia”, “Penyakit Berjangkit” dan “Kebudayaan Tisu” yang mempunyai pilihan jawapan “True False” dalam pilihan jawapannya.
Adakalanya jika penulis YAKIN penulis BENAR maka penulis gariskan ruangan TRUE tetapi jika penulis YAKIN sesuatu itu SALAH penulis bulatkan ruangan FALSE. Jikalau penulis was-was, penulis akan gunakan produk Zaitun, kerana penulis boleh menggunakan ia tanpa was-was. (Get it? NO? fine tak lawak!)

Acapkali penulis berada dalam kondusi dimana penulis melihat sesetengah umat yang terlalu was-was dalam setiap aspek atau dalam kata lain tidak mempunyai keyakinan yang mantap. Ingin penulis berkongsi contoh ringkas pengalaman mengenai topic keyakinan yang pernah penulis lalui :-

A: Eh, awak makan benda tu? Tahukah awak bahawa benda itu adalah haram kerana telah cara penyediaan dia tidak memenuhi piawaian islam. Adakah pembaca akan :-

a) Percaya sebulat suara sumbang lantas mencucuk kerongkong sehingga berdarah sambil memuntahkan segala bendalir dan benda penuh “haram” itu?
b) YAKIN dengan diri sendiri bahawa benda itu boleh dimakan lantas membaham benda itu semahu-mahunya dihadapan si A itu
c) “ Ye ke? Ok” meletak makanan itu di atas pinggan dan duduk diam sambil melihat orang ramai lalu lalang dan mengenyitkan mata pada awek sebelah meja
d) Rempuh masuk ke dapur, berdiri rapat di sebelah chef tersebut dan meneliti setiap pergerakan dan cara masakan chef tanpa mengelip mata dan setiap kali chef hendak memasukkan bahan anda perlu menanya “apa tu?” meskipun anda tahu itu hanyalah minyak dan ulang pertanyaan “apa itu” sehingga chef itu pelempang lutut anda dengan kuali panas
e) Potong makanan itu menggunakan pisau sterile yang dicuri daripada makmal biologi, masukkan ke dalam plastic sterile, blenderkan makanan, tambah bendalir kimia, goncangkan, buat analysis, buat gel electrophoresis, buat ujian DNA, PCR, MRI, X-RAY, autopsy, biopsy, dan segala-gala kepakaran yang anda tahu untuk memastikan sama ada makanan itu boleh dimakan atau tidak.


Sekiranya penulis yang menjawab soalan ini, sudah tentu penulis akan menghitamkan jawapan B dalam kertas OMR sampai koyak bulatan “B” tu kerana sudah tentu penulis YAKIN! (matila penulis ni cocky sangat kan). Bak kata teman rapat penulis Encik Bari: Yaaaakin sangat kan!

Anyway, penulis tahu kehidupan sebagai pelajar di perantau mengajar kita untuk menjaga segala benda yang akan melalui esofagus lalu ke perut kerana kelak nanti makanan itu akan menjadi darah daging kita jua. Tetapi kita haruslah pandai dalam membuat pertikaian, janganlah setiap makanan pun was-was untuk dimakan. Sudahlah kita sendiri WAS-WAS, kita pula MEWAS-WAS kan orang lain, terus semua orang pun TERWAS-WAS lantas semua orang mati kebuloq.

Hidup di US sudah tentulah penyediaan makanan disini tidaklah SEHALAL di negara kita. Jadi apa kata tidak perlu datang US, duduk sahaja di tanah air tercinta tak pun pergi sahaja ke mesir, bukankah itu lagi senang?

Walaubagaimanapun, kehidupan adalah mengenai pembelajaran, kita belajar dari kesilapan, kita terima kesalahan, bangkit semula dengan semangat baru dan berjalan kehadapan. (tiba-tiba lagu yakin boleh berkumandang di corong radio). Penulis tidak mengatakan penulis setiasa tepat, tetapi apa yang penting penulis selalu yakin, dan sikap yakin itulah yang penulis cuba terapkan dalam diri pembaca sekalian. (wahh, bole jadi pakar motivasi x? fine x boleh!)
Ok bye!

haha..ok guys..u get da point or nope?? klo still xdapat point nk disampaikan..sila ulang bace 100 kali limepulohlimemalam tanpa bintang..ok..babai u alls...



 oMo...oMo....meleleh air liur tengok lambchop maha karya sedap nieh..auch!
*ok...sajewww nak korang raseww laparr sket taime2 cengginih..hakhak*

xOxO..

^^

4 comments:

Wani said...

best jugak baca dokte ni punya tulisan, lawak tp berisi! hahaha...

kim salam kat dokte supervisor tersanyang kak midori tu eh, theehe =D

midOri said...

tersayang la sgt kann...*mata kelip2 tgk blog..tgn kat pp*...hahaha

ogies said...

ambooiiii SV akak nih... panjang benor explain... akhirnya berjaya paham jugak.. =)

cik_sna said...

best entry ni.
memang patot dikongsi^^

btw salam ziarah. blogwalking pagi2 =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...