SI CANTIK DAN SI KACAK

Tuesday, June 21, 2011

A Story....



Hye guys..how's ur day going? hope baik la kan...ke ada yang terberanak tatkala tengah ghairah membalas komen di fesbuk? or takpon tercirit tatkala eksaited bertwit2 ngn artis kesayangan di twitter?? ok..hrp2 xdew la kan camtu..huhu...juz wanna share something funny but full of msg yg disampaikan with u guys....tapi ini bukan penulisan saya..ini my supervaizer punyer writing...(Dr...nakmo mawah2 sy copy and share kat sini yerk...haha)....u guys should read till finish baru dapat mesej yg disamapaikan..ok guys..enjoizz...



A VIEW FROM ABROAD
by : mHu....

Kehidupan di perantauan mengajar penulis untuk menjadi lebih matang untuk berfikir dan belajar untuk membezakan baik buruk suatu perkara. Seperti menjawab soalan subjek “Penyakit Manusia”, “Penyakit Berjangkit” dan “Kebudayaan Tisu” yang mempunyai pilihan jawapan “True False” dalam pilihan jawapannya.
Adakalanya jika penulis YAKIN penulis BENAR maka penulis gariskan ruangan TRUE tetapi jika penulis YAKIN sesuatu itu SALAH penulis bulatkan ruangan FALSE. Jikalau penulis was-was, penulis akan gunakan produk Zaitun, kerana penulis boleh menggunakan ia tanpa was-was. (Get it? NO? fine tak lawak!)

Acapkali penulis berada dalam kondusi dimana penulis melihat sesetengah umat yang terlalu was-was dalam setiap aspek atau dalam kata lain tidak mempunyai keyakinan yang mantap. Ingin penulis berkongsi contoh ringkas pengalaman mengenai topic keyakinan yang pernah penulis lalui :-

A: Eh, awak makan benda tu? Tahukah awak bahawa benda itu adalah haram kerana telah cara penyediaan dia tidak memenuhi piawaian islam. Adakah pembaca akan :-

a) Percaya sebulat suara sumbang lantas mencucuk kerongkong sehingga berdarah sambil memuntahkan segala bendalir dan benda penuh “haram” itu?
b) YAKIN dengan diri sendiri bahawa benda itu boleh dimakan lantas membaham benda itu semahu-mahunya dihadapan si A itu
c) “ Ye ke? Ok” meletak makanan itu di atas pinggan dan duduk diam sambil melihat orang ramai lalu lalang dan mengenyitkan mata pada awek sebelah meja
d) Rempuh masuk ke dapur, berdiri rapat di sebelah chef tersebut dan meneliti setiap pergerakan dan cara masakan chef tanpa mengelip mata dan setiap kali chef hendak memasukkan bahan anda perlu menanya “apa tu?” meskipun anda tahu itu hanyalah minyak dan ulang pertanyaan “apa itu” sehingga chef itu pelempang lutut anda dengan kuali panas
e) Potong makanan itu menggunakan pisau sterile yang dicuri daripada makmal biologi, masukkan ke dalam plastic sterile, blenderkan makanan, tambah bendalir kimia, goncangkan, buat analysis, buat gel electrophoresis, buat ujian DNA, PCR, MRI, X-RAY, autopsy, biopsy, dan segala-gala kepakaran yang anda tahu untuk memastikan sama ada makanan itu boleh dimakan atau tidak.


Sekiranya penulis yang menjawab soalan ini, sudah tentu penulis akan menghitamkan jawapan B dalam kertas OMR sampai koyak bulatan “B” tu kerana sudah tentu penulis YAKIN! (matila penulis ni cocky sangat kan). Bak kata teman rapat penulis Encik Bari: Yaaaakin sangat kan!

Anyway, penulis tahu kehidupan sebagai pelajar di perantau mengajar kita untuk menjaga segala benda yang akan melalui esofagus lalu ke perut kerana kelak nanti makanan itu akan menjadi darah daging kita jua. Tetapi kita haruslah pandai dalam membuat pertikaian, janganlah setiap makanan pun was-was untuk dimakan. Sudahlah kita sendiri WAS-WAS, kita pula MEWAS-WAS kan orang lain, terus semua orang pun TERWAS-WAS lantas semua orang mati kebuloq.

Hidup di US sudah tentulah penyediaan makanan disini tidaklah SEHALAL di negara kita. Jadi apa kata tidak perlu datang US, duduk sahaja di tanah air tercinta tak pun pergi sahaja ke mesir, bukankah itu lagi senang?

Walaubagaimanapun, kehidupan adalah mengenai pembelajaran, kita belajar dari kesilapan, kita terima kesalahan, bangkit semula dengan semangat baru dan berjalan kehadapan. (tiba-tiba lagu yakin boleh berkumandang di corong radio). Penulis tidak mengatakan penulis setiasa tepat, tetapi apa yang penting penulis selalu yakin, dan sikap yakin itulah yang penulis cuba terapkan dalam diri pembaca sekalian. (wahh, bole jadi pakar motivasi x? fine x boleh!)
Ok bye!

haha..ok guys..u get da point or nope?? klo still xdapat point nk disampaikan..sila ulang bace 100 kali limepulohlimemalam tanpa bintang..ok..babai u alls...



 oMo...oMo....meleleh air liur tengok lambchop maha karya sedap nieh..auch!
*ok...sajewww nak korang raseww laparr sket taime2 cengginih..hakhak*

xOxO..

^^

Tuesday, June 14, 2011

JIWA


Sepi...
sendirian bersama lappy..
Ku putarkan lagu yang digemari..
Masih Sepi melingkari diri..
Kau..kau.. mengerti??

Sunyi....
ku melangkah pergi ..
gelap disana sini..
Tiada menemani diri ini..
Ku berjalan tanpa henti...
mencari sesuatu yang tak pasti..

Kosong...
Jiwa terkongkong..
Hati terapung..
Terhenti dilorong...
minta didorong....
Kau nak tolong??

ahh...aku ini siapa...
insan biasa...empunya nama
tapi xberharta..

kau??
doremon?? superman? x men?

jawab sendiri....




Monday, June 13, 2011

LALAT GARING!!


Dikesahkan sorang gadis yang cantik..eh eh..xla secantik LISA SURIHANI ataupon Yoona SNSD kan..pada suatu petang ditemani angin yang menderu-deru seperti berada di jeju ailen..seorang gadis yang  sedang kelaparan bab setahun tak makan..(ok..sgt exaggerate) menuju ke sebuah restoren di belakang  umahnya yang bukanla bertaraf banglow dua tingkat..tapi masih dua tingkat bertaraf bawahan jek.. ^^


Sesampai sahaja di restoren yang bukanlah LIMA BINTANG mahupon 3 bintang...terus dengan pantas mulut gadis itu menyebut "Mee goreng satuu telur dadar satu"..kepada gadis siam di restoren itu...sambil menggedik2 kakinyew di bawah meja dan matanyeww riang melilau pemandangan yang cukup menarik disekitar hadapan RIYAS (sbb tertibe ada mamat ensem naik moto besar kann) menunggu  kesiapan mee goreng tersebut..setelah 15 minit plus minus 2 minute..(mcm nak wat kiraan matematik bagai la kan)..maka siapla hidangan bungkusan mee goreng yang konon2nyeww mcm sedap..(tp lg sedap kowt mkn kat SEOUL GARDEN...ok..comparison yang mcm nk kena lempang laju2 dengan mee goreng tu kan..)..*mee goreng boleh lempang org kew??



Lalu dibawa pulang ke rumah dengan riangnyeww sambil berjoget2 sesampai di rumahnya...lalu dengan pantas tiada selang minit atau saat (ok...tipu..nk bukak mee pon i need 2minutes ok..sbb ade getah ikat kat polisterin tu..haih)..membuka mee goreng dengan hati yang happy xtaw nak habaq hang taw..(eh eh..guaneww tetibe kuaq bahasa utaro)...dan dengan rakusnyeww tangan yangg mulus setulus beby yang baru lahir 5 hari tu menyuapkan mee goreng ke dalam mulut di depan tivi yang bukannyew PLASMA TV SAMSUNG 50 INCHI...tapi hanya TV cap INEC (korang ado??) yang dibeli hausmet setahun yg lepas gara2 nak menonton ANUGERAH BINTANG POPULAR ..(popularrr laa sgt kannnn)...eh  eh..ni nak cerita pasai TV ka MEE GORENG?? (ok..fine..dh lari tajukk..jum2..balik ke mee goreng)



Sedang asyik dan rakus membolos mee goreng (betui ka ayat membolos..lantak lew)..tertibe mata sepet yang berbingkai 2 ini terpandang makhluk itam yang mcm alien..eh silap..yang mcm lalat..jap2..ni nyamuk ke lalat ke tenuk? ok..mustahill la kan tenuk boleh masuk dlm kuali dan digreng~sah2 lah LALAT!! dem!



3 EKOR LALAT GARING u noe terbaring dengan riangnyewww di sebalik mee goreng yang dihiasi sayur2 yang kehijauan bab hutan khatulistiwa tu...perut ku terus terasa loya2 mcm nak beranak..eh bukan..macam nak muntah..geli okkayh!!! SORRY to say that aku xkan makan dah..air yg ade semut ke serangga ke aku xkan minum ni pulak ada LALAT GARING!!...mulutku terus ke sinki membuang dan mengorek segala bagai sampai ke kerongkong untuk kuarkan mee yang dah di telan..(mcm la boleh sgt nak kuar dari kerongkong ko tu kan)..ok..fine..yang dah selamat tiba di perut comel ku..xpela..aku redha..selamat berbahagia yerk di dalam esofogusku..moga kalian tak cederakanku dengan cirit birit sudehhh~!!



Dengan pantas ( 100km/ s) tgn ku terus menutup mee goreng tu dan dengan hati yang panas mcm MINYAK PETROLEUM yang tengah mendidih di suhu 130 degree selsiyes tu...aku terus melemparkan bungkusan mee goreng tu sekuat hati nurani tanpa belas kasihan ke dalam tong sampah berdekatan rumahku yang juga betul2 depan pintu belakang restoren ERFAN yang pengotor tuh! geli okkayh tekak aku rasew..terus telan bergelen gelen air masak sampai perutku terase kembung...ok...sangatla panas hati sbb tengah kelaparan tahap maha karya dewa petala ke 20..sekian~!!...


KALO korang..korang makan tak ni ha???
*sapew makan memang powerr rangers sgt la kannn*

TIKUS GORENG Bersama ayam masak merah...
*geli  usus perut aku tgk*


MORAL OF THE STORY..: klo korang p beli mkanan, sila perhatikan TV plasma kat restoren tu besar manew..eh eh ..mcm xdew kaitan jew ponn...ok.bai..sekian~



KALO DAPAT CHILI'S CRAB ni ok jgk kann~~
OWH yummy yummy yummy...im craving for it..*meleleh dah air liuq aku..huhu*

*credit to pakcik gugel untuk kedua2 picha*
SEKIAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...